Slot RPH (Tema Kenderaan Darat)



BAHAGIAN  A :  SLOT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
____________________________________________________________________________
Nama  Tabika                       :  Tabika Perpaduan Taman Raia Damai
Tarikh                                     :   9 September 2013
Masa                                      :   8.30 pagi – 9.00 pagi  ( 30  minit )
Bilangan Kanak-kanak       :   18 orang ( 9 orang- 6 tahun, 9 orang-5 tahun )
Modul                                     :   Teras
Tema                                      :   Alam Teknologi
Subtema                                :   Kenderaan Darat
Tajuk                                      :   Jenis-jenis Kenderaan  Darat (kereta, bas, lori ,motosikal )      
Tunjang                                 :   Tunjang Komunikasi (Bahasa Malaysia)
Kesepaduan Tunjang         :   Tunjang Fizikal dan Tunjang Estetika PFK .
Standard Kandungan         :   BM 3.5 Membaca perkataan
Standard Pembelajaran      :   BM 3.7.2 Membaca ayat tunggal yang mudah dengan   
                                               sebutan  yang betul.
Objektif                                   :   Pada akhir  pembelajaran kanak-kanak dapat :
i.              Berupaya membaca  tiga daripada empat perkataan iaitu
       kereta, lori, bas dan motosikal.
ii.            Mengenal dan menyebut nama kenderan darat dengan tepat
iii.           Berupaya membaca ayat tunggal yang mudah dengan
       bimbingan.
Pengetahuan
 sedia ada                    :  i.    Kanak-kanak pernah melihat dan mendengar bunyi 
                                                 kenderaan darat.
                                      ii.    Kanak-kanak mengetahui sebahagian daripada jenis-jenis
                                                           kenderaan darat.
                                                  iii. Kanak-kanak pernah menaiki beberapa jenis kenderaan darat


Kemahiran Berfikir              :   Memerhati, menghubung kaitkan, mengelaskan,   
                                                menjanakan idea.                          
          Kemahiran Multiple
Intelegent  (MI)                     :    Kecerdasan bahasa, kreativiti/ Estetika dan kognitif

Penerapan Nilai                   :   1. Bersopan semasa berkomunikasi
                                               2. Bekerjasama antara satu sama lain
                                               3. Sabar dalam menunggu giliran
4. Berkeyakinan diri
5. Berdisiplin

Bahan Bantu Mengajar      : 1. Kad Bergambar
                                             2.  Kad Perkataan
                                             3.  Radio dan CD
                                             4. Television dan CD
                                             5. Carta lagu
                                             6. Bakul
                                             7. Papan Putih

Kosa Kata                              :  kereta, lori, bas dan motosikal





\MASA/
LANGKAH
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
BAHAN/
CATATAN

Set induksi

(5 minit)


1.    Teka bunyi kenderaan.

1.Guru memainkan cakera padat rakaman bunyi jenis-jenis kederaan.

2.Kanak-kanak mendengar rakaman bunyi dengan teliti

3.Guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini adalah Kenderaan darat.

4.Kanak-kanak cuba meneka bunyi rakaman itu.


BBM  :

·         Television/
·         Cd

Nilai Murni  :

·         Berdisiplin



Langkah 1

( 10 minit )



1.    Namakan kenderaan darat dan menerangkan mengenai kenderaan itu.

Contoh :
·         Kereta
·         Lori
·         Motosikal
·         Bas

2.    Menerangkan ciri-ciri kenderaan darat kepada kanak-kanak.

Contoh :
·         Rupa Bentuk
·         Kegunaan

3.    Memadankan kad gambar dengan kad perkataan




1.Guru menunjukkan beberapa contoh kad bergambar kenderaan darat.

2.kanak-kanak mengenal pasti bentuk dan kegunaanya.

3.Guru bersoaljawab dengan bahasa mudah dengan menerangkan ciri-ciri kenderaan darat.

4.Kanak-kanak bercerita mengenai rupa dan kegunaan kenderaan darat.

5.Guru membimbing kanak-kanak membaca perkataan.

6.Kanak-kanak mengeja dan membaca perkataan dengan betul.

7.Guru membimbing kanak-kanak membaca perkataan dengan betul












BBM  :

-Kad gambar
-Kad perkataan

Nilai Murni:

·         Berkeyakinan        diri
·         Berani

KBKK  :

- Memerkati
- Hubungkait   












MASA/
LANGKAH
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI  PENGAJARAN
DAN  PEMBELAJARAN
BAHAN/
CATATAN



Langkah 2

(  5 minit )







1.Membaca beberapa ayat yang mudah.


Contoh ayat :

·         Ini basikal adik

·         Basikal ini sangat cantik

·         Basikal adik berwarna biru



1.    Guru menunjukkan beberapa contoh ayat yang mudah kepada kanak-kanak dan guru membimbing kanak-kanak membaca dengan betul.

2.    Kanak-kanak membaca ayat tunggal dengan bimbingan guru.


BBM  :

·         Kad ayat mudah

Nilai Murni :

·         Berani
·         Tolong menolong

KBKK  :

·         Memerhati


Langkah 3

(  4 minit )





Permainan

“Bakul Ajaib”

1. Guru menyediakan sebuah bakul yang mengandungi kad gambar.

2.Guru mengarahkan kanak-kanak duduk di dalam satu bulatan sambil memegang bakul itu.

3.Kanak-kanak dikehendaki untuk menghulurkan bakul  itu kepada rakan sebelahnya mengikut bulatan.

4.Guru akan memainkan lagu.

5.Kanak-kanak yang terakhir memegang bakul itu setelah lagu diberhentikan hendaklah memilih sekeping kad gambar dan memadankannya dengan kad perkataan di papan putih.


BBM  :

·         Bakul
·         KadGambar
·         Kad Perkataan
·         Radio
·         Papan Putih


Nilai Murni :

·         Bekerjasama
·         Mematuhi peraturan
·         Berani

KBKK :

Menjana idea.



Langkah 4

(  5 minit )







Lembaran Kerja.

1.Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberi arahan kepada kanak-kanak.

2.Kanak-kanak di kehendaki  menyurih perkataan dan mewarnakan gambar.

BBM :
Lembaran Kerja

Nilai Murni :

·          Bekeyakinan

·         Rajin

MASA/
LANGKAH
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI  PENGAJARAN
DAN  PEMBELAJARAN
BAHAN/
CATATAN


Penutup

(3 minit)


Nyanyian

Bapaku Pulang Dari Kota

1.Guru menunjukkan carta lagu.

2.Kanak-kanak menyebut lirik lagu dengan bimbingan guru.

3.Guru memainkan lagu “Bapaku Pulang Dari Kota”

4.Kanak-kanak menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan.


BBM :

·         Carta Lagu

·         Radio/CD

MI
·         Kecerdasan Linguistik

·         Kecerdasan Muzik

·         Kecerdasan Kinestik

·         Kecerdasaan Bahasa

Nilai Murni :

·         Bersyukur
·         Bergembira
·         Berkeyakinan





No comments:

Post a Comment